Haloooo.. Exbiz in da house!!
Kali ni aku nak cerita pasal kebanyakan “promoter” yang entah tak sedar diri atau berlagak bagus.. Ini bukan perkara baru terjadi.. Beberapa hari lepas aku ada terbaca hasil nukilan blog seorang teman lama yang baru selamat melangsungkan perkahwinan setelah sekian lama menyulam cinta.. Tahniah, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
Tapi aku bukan nak bercerita tentang perkahwinan teman aku ni.. sebaliknya dia mengabadikan pengalaman hampehnya dengan seorang amoi di salah sebuah butik kosmetik terkenal di Pavillion, KL.. Nak diikutkan cerita, teman aku ni baru balik dari kenduri kahwin, jadi dah tentulah berbaju kurung.. Kebetulan teman aku ni nak “window shopping”.. Kemudian teman ni pula masuk lah ke butik tu.. Katanya si promoter tu dok pandang dia atas bawah!! (Agaknya mungkin penampilan teman aku ni x cukup bagus utk masuk ke butik tersebut!!)
Kesiannya, layanan yg diberikan kepada teman aku itu lebih kurang aje! Teman aku cakap dalam BM, tetapi dibalasnya dlm BI.. Setiap kali ditanya dalam BM, amoi tu x penat2 jwb dlm BI.. Sampaila teman aku tuh naik tension.. Dlm kepala teman aku tu, buat apalah amoi tu susah payah nak ’speaking’? BI dia pun bukannya marvelous sgt.. Begitulah ungkapan teman aku ni.. Tapi kawan aku tu tak pula cerita apa tindakannya.. Kalau nak ikutkan, teman aku ni boleh tibai BI sbb dia pun lulusan dr salah sebuah U di Australia..
Tapi perkara tu memang sering berlaku.. Aku juga pernah mengalami situasi yang sama.. sampai aku dah lali..
Antara yang paling aku ingat, waktu aku nak beli kereta Honda Jazz.. Aku cakap la dengan suami yang aku nak ajak dia ke Honda showroom.. (Ketika itu suamiku tak bawa kereta dia, jadi aku kata tak apalah kalau bawak motor kapcai pun..) dalam fikiran aku pun dah boleh agak bagaimana penerimaan yang akan aku terima nanti.. tapi aku peduli apa.. kalau diorang rasa aku tak layak, banyak lagi showroom Honda kat Malaysia nih..
Nak dijadikan cerita, aku dan suami pergila ke showroom Honda di Cheras.. Pada mulanya kami melangkah masuk, tak ada seorang salesman atau salesgirl yang menyambut kami (Sedangkan ramai salesman tengah borak sakan kat situ!!) Aku buat bodoh je.. Tapi bila ada seorang pasangan cina masuk nak tengok City, bukan main mereka cuba nak layan..
Kemudian datang seorang saleman bertanya samada aku nak tengok-tengok sahaja atau nak beli..( Yang aku bengang, soalannya dengan nada sinis) memang tak beretika!! Lagi kalau cakap BI tu bagus tak per juga.. Terus aku tanya tentang proses booking. Suami aku plak ingat aku main2.. Hakikatnya aku memang nak beri kejutan untuk suami..
Salesman tu cakap booking RM1000, terus aku korek apa promosi dan diskaun yang ada.. kebetulan memang aku tak bawa pun duit cash.. cz ikut cadangan asal aku nak booking pada hujung minggu.. jadi bila aku terus cakap aku bayar RM100 dan bakinya akan aku langsaikan keesokannya.. Muka cina tu terus berubah, ingat aku main2 agaknya.. Lagi dia nampak kad kredit aku dan mengatakan bahawa aku juga boleh guna kad kredit untuk bayaran..
Terus aku sound direct.. aku kata aku akan bayar esok maknanya aku akan bayar.. lagi aku kata kepada cina tu bahawa kad kredit tu ingat apa? i tak akan berhutang sewenang-wenang dengan kad kredit.. dan kalau dia rasa tak yakin, aku kata yang aku tak kisah.. sebabnya ramai lagi salesman yang aku boleh cari.. Terus cina tu terdiam.. Mungkin pada perkiraannya dia ingat aku tak mampu sedangkan aku kan datang dengan motor kapcai.. lagi2 pulak aku katakan pada suami, park aje kat depan cermin showroom tu.. 
Terus aku minta salesman tu buat perkiraan kalau aku bayar untuk 15%, 20% dan 25% duit muka berapa bulanan untuk 5 dan 7 tahun.. Tanpa buang masa, aku pun dah x fikirkan tentang apa yang salesman tu nak fikir tentang aku.. kalau rasa nak teruskan “speaking” dengan aku pun, aku tak kisah..
So, moral of d stories, jangan pandang org sebelah mata.. Penampilan tu tak mencerminkan apa2.. Agaknya, jatuh standard kalau cakap dlm Bahasa Melayu.. Yang aku tak puas hati tu, kalau aku datang naik motor kapcai ke, atau naik bas ke, itu tak bermakna aku ni perlu dilayan dengan cincai boncai!! Agaknya kalau nak masuk butik2 terkenal atau showroom2 kereta luar ni kena ada penampilan tertentu agaknya.. Huhh… Sengal!!
Mereka ni patut diajar cara menghormati pelanggan dan mereka lupa agaknya yang pelanggan itu sentiasa betul??
If you liked my post, feel free to subscribe to my rss feeds










































BlogoSquare
2 Comments so far (Add 1 more)