Alooo semua, assalammualaikum..
Aduhai, istigfar panjang aku tatkala membaca tulisan akhbar tentang anak pintar yang pernah menggegarkan negara satu ketika dulu dengan menjadi pelajar paling muda diterima masuk ke Universiti Oxford.. Kepintaran yang dimiliki, keelokan paras rupa kini menjadi titik tolak sejarah hitam hidup remaja berusia 23 tahun itu.. Entah di mana silapnya percaturan didikan sehingga Sufiah terjebak ke kancah pelacuran..

Sufiah hilang arah?
Menghilangkan diri sekitar tahun 2000, Sufiah dikatakan tidak menamatkan pengajiannya selepas berkahwin pada tahun 2004, seterusnya kini digemparkan dengan pembabitannya dalam dunia kupu-kupu malam.. Benarkah dakwaannya yang menjalani kehidupan harian yang tidak adil? Didera secara fizikal dan mental selama 15 tahun dan mengaku pernah dua kali cuba membunuh diri ketika usia 11 tahun? Di manakah silapnya?
Adakah kekerasan yang digunakan bapanya dalam mendidik Sufiah menjadi punca kemelut ini? Lagi pula dengan bapanya dihukum penjara 18bulan kerana mencabul dua pelajar perempuan berusia 15tahun ketika mengajar matematik dirumahnya.. (Semoga itu tidak dilakukan bapanya kepada Sufiah..) Bagaimana pula didikan agama yang diterapkan kepada Sufiah? Adakah Sufiah kini hilang arah dalam mencari identitinya sendiri, sedangkan dia dikenali dengan pelajar genius matematik.. Sejauhmana Sufiah mahu mempunyai pegangan bahawa dia tidak memandang rendah kepada golongan “teman sosial”? Sehingga bila Sufiah boleh bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya kini? Hakikatnya, Sufiah lupa kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Besar..
Tidak bersyukurkah Sufiah dengan kepintaran yang dimiliki? Kot iye pun hidup Sufiah dipenuhi pelbagai tekanan, bukankah ini ujiannya? Allah itu menguji kerana Sufiah mempunyai keupayaan menghadapinya, tetapi Sufiah mengambil langkah yang paling “bodoh” kureng sesuai dengan kepintaran yang dimilikinya.. Kasihankah kita? Simpatikah kita? Wallahu a’lam..
Apapun, sebagai saudara seagama, aku doakan semoga Sufiah insaf segera dengan perbuatannya.. Sayang, dianugerahkan Allah swt kepintaran yang besar tetapi diselewengkan ke arah jalan yang tidak diredhaiNya.. ![]()
If you liked my post, feel free to subscribe to my rss feeds










































BlogoSquare
One Comment