headermask image

header image

Kenali Sejarah Bangsa Cina

Kali ini buat julung kalinya, demi minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan, saya ingin berkongsi idea, pengalaman serta pandangan untuk sama-sama kita renungi dan memperbaiki kekurangan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.. Tidak kiralah apa pun bidang yang kita ceburi, saya kira formula asasnya adalah sama cuma aplikasinya berbeza mengikut bidang dan pasaran perniagaan.. Justeru itu, di ruangan Rahsia Bisnes Orang Cina, saya telah memilih satu topik asas untuk kita memahami budaya perniagaan masyarakat Cina.. Puas berfikir, akhirnya saya memilih tajuk “KENALI SEJARAH BANGSA CINA” sebagai merasmikan kategori ini.. :)

Saya percaya kebanyakan anda pasti mempunyai pelbagai andaian apabila mengaitkan bangsa Cina dengan dunia perniagaan kan? Saya sendiri mengakui bahawa saya kerap memikirkan bagaimana bangsa Cina mampu mencapai kejayaan yang luarbiasa dalam bidang perniagaan.. Sejak di sekolah menengah lagi saya sudah berfikir apakah rahsia disebalik kepakaran mereka di bidang perniagaan.. Dahulu, mentaliti saya beranggapan bahawa hal ini mungkin berkaitan dengan dasar pecah perintah yang dilaksanakan sewaktu British menjajah Tanah Melayu.. Orang Melayu diletakkan di bahagian perkampungan nelayan dan sektor pertanian, Orang India di estet-estet, manakala Orang Cina di lombong-lombong, berniaga dan berada di kawasan bandar.. Maka, dengan mudah saya membuat konklusi bahawa Orang Cina sudah punya tapak yang kukuh untuk menjadi peniaga yang berjaya..

Biarpun perlu mengakui hakikat bahawa faktor itu sedikit sebanyak sememangnya memberi kelebihan kepada Orang Cina, tanggapan saya perlu diperbetulkan!! Kenapa?? Akan saya kupas kenapa dan mengapa tanggapan itu perlu diperbetulkan.. Dasawarsa ini, setelah 50 tahun negara kita merdeka, Orang Melayu dan Orang India semakin ramai melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Akan tetapi bagi Orang Cina, perniagaan tetap menjadi teras dalam hidup mereka.. Perniagaan dan Orang Cina begitu sukar untuk dipisahkan.. Campaklah Orang Cina di mana-mana sahaja, mereka bukan sahaja mampu hidup bahkan mampu membina kekayaan.. Bagaimana ya?? Opss.. itu akan saya bincangkan dalam tajuk yang lain.. TUNGGUUUUU… :)

Dasar Ekonomi Baru yang telah dilaksanakan kerajaan pada tahun 1970-an sememangnya memberi impak positif apabila berjaya mewujudkan tokoh-tokoh korporat bumiputera.. Antaranya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC), Tan Sri Dato’ Azman Hashim (Pengerusi Kumpulan Ambank),  Dato’ Kamaruddin Meranun (Pengarah Eksekutif - Kewangan Korporat Air Asia), Tan Sri Hamdan Mohamad (CEO Ranhill Berhad), Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar (MK Land) dan Dato’ Abdul Hamid Sepawi (Pengerusi NaimCendera) sekadar menulis beberapa nama.. Kebanggaan itu jelas kerana itu antara bukti kukuh bahawa Orang Melayu juga boleh berjaya asalkan ada kemahuan.. Orang Melayu juga boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Orang Cina.. :) Begitu juga Orang India dengan Tan Sri Ananda Krishnan.. Sungguhpun begitu, sejauhmanakah keutuhan perniagaan bumiputera mampu menyaingi perniagaan Orang Cina?

Tokoh-tokoh perniagaan bumiputera yang telah disebutkan di atas telah menunjukkan bahawa ilmu perniagaan ini boleh dipelajari oleh mana-mana bangsa di dunia dan bukan hanya dimonopoli oleh sesuatu bangsa. Justeru itu, persoalan yang belum terungkai di sini ialah apakah formula kejayaan bangsa ini? Tidak dapat dinafikan bahawa Orang Cina memonopoli pelbagai cabang perniagaan daripada yang bersaiz kecil, sehinggalah kepada penguasaan syarikat-syarikat konglomerat. Tetapi tahukah anda cabaran-cabaran yang perlu mereka hadapi? Mengapa semangat mereka terlalu kuat dalam perniagaan? Apakah faktornya? Anda ada jawapannya? :)

Jika kita menyingkap tabir sejarah, bukan sahaja ketika zaman penjajahan British dan Belanda, Orang Cina di bawa ke Asia Tenggara untuk berkhidmat di lombong-lombong malah ketika zaman kegemilangan Melaka juga Negara Cina telah terkenal kerana kepakaran niaga mereka menjual kain sutera dan sebagainya sehingga menjadi salah satu kuasa besar dalam dunia perniagaan. Mereka mendengar bahawa rantau Asia Tenggara adalah lubuk kekayaan!! Pada mereka, asalkan mereka rajin membanting tulang empat kerat serta berkerja tanpa putus asa, mereka boleh menjana duit.. Mereka ini sanggup berpisah meninggalkan keluarga untuk merantau.. Mereka menjadi orang suruhan dengan pendapatan yang tidak setimpal tetapi itu bukannya penghalang bagi mereka untuk membina empayar perniagaan. Pengalaman mereka hidup susah menjadi faktor penolak utama kejayaan mereka.

Bagi Orang Cina, perniagaan mengajar mereka tentang kemahiran, cara berkomunikasi, mengurus serta pengalaman mengendalikan pelanggan. Ini bermakna Orang Cina sebolehnya mahu menjadikan sesuatu urusniaga itu sesuatu yang fleksibel. Mereka lebih gemar menjadikan urusniaga itu diakhiri dengan pantas tanpa banyak bicara. Selain itu, Orang Cina sentiasa mencari peluang untuk melebarkan sayap perniagaannya. Mereka tidak akan bertumpu kepada sesuatu bidang yang peluangnya semakin sempit sebaliknya mereka bertindak pantas untuk meneroka pasaran baru. Hal ini saya sedari ketika saya bercuti di Cameron Highlands baru-baru ini.. Di mana ada tempat untuk diteroka, di situlah bangsa ini akan membina empayar niaganya.. Hebat bukan? Secara tidak langsung menyedarkan diri saya bahawa saya belum cukup kuat berusaha untuk memenuhi kriteria Orang Cina yang satu ini.

Bangsa ini juga gemar berhijrah dan apa yang istimewa tentang bangsa ini adalah mereka bersikap dinamik, berpandangan jauh serta tidak akan membiarkan sesuatu keadaan itu menjadi “MATI”. Falsafah mereka amat mudah untuk difahami.. Sebagai contoh, sekiranya dahulu ibu atau bapanya menjual makanan atau minuman di jalanan maka anaknya pula akan menyambung tradisi niaga mereka dengan membuka kedai makan manakala cucunya pula akan membangunkan kilang untuk memproses makanan atau minuman dalam tin untuk di jual ke pasaran yang lebih luas..

Tahukah anda bahawa bangsa Cina bukan sahaja memahami HIJRAH itu sekadar dari sudut fizikal, tetapi juga mental serta pendekatan yang dipraktikkan. Ini kerana mereka juga percaya bahawa kunci utama kejayaan mereka adalah kesediaan mereka untuk melaksanakan perubahan. Senario di Malaysia sahaja menunjukkan bahawa bangsa Cina memperlihatkan perubahan serta jurang yang ketara antara generasi yang mula-mula berhijrah ke Tanah Melayu sehinggalah generasi masa kini. Memang benar, tetapi adakah anda menyedari bahawa di sebalik perbezaan yang cukup drastik ini tersirat satu persamaan yakni azam bagi meningkatkan taraf hidup amat penting bagi mereka malah menjadikan perniagaan sebagai satu mekanisma untuk mengukuhkan ekonomi bangsa mereka amnya..

Hebat bukan? Konklusinya di sini, tidak kira apa bangsa pun asalkan mempunyai keyakinan, semangat, bekerja keras, tidak mudah putus asa, sentiasa bersikap optimis serta pantas menghidu peluang untuk dimanfaatkan dalam memajukan diri serta meluaskan pasaran adalah kriteria penting bagi bangsa unik ini.. Bagi mereka, belajar daripada kesilapan lebih bermakna daripada tidak melakukan apa-apa tindakan..

Rasanya sudah panjang lebar saya mengulas tajuk ini.. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripadanya.. Kepada pembaca yang dihormati, anda boleh memberi komen, pandangan dan pengalaman untuk kita sama-sama mengkaji dan mempraktikkan apa yang baik untuk dijadikan teladan.. Sekian dari saya, sehingga berjumpa lagi di siri akan datang dengan tajuk “BISNES DAN ORANG CINA”.. Apa yang ditulis berdasarkan pengalaman, pengamatan, pembacaan serta pergaulan bersama rakan-rakan sekerja Cina..

Sekian;

Sahabat Siber Anda

PortalHafiza Identity

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

If you liked my post, feel free to subscribe to my rss feeds

One Comment

  1. Assalam alaikum Tuan, selepas buku Rahsia Bisnes Orang Cina, sekuel diteruskan dengan buku Rahsia Bisnes Mamak

    Sedikit maklumat buku tersebut

    Rahsia Bisnes Mamak dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

    Kejayaan besar pelopor bisnes seperti Kayu Nasi Kandar, Pelita Samudera, Habib Jewel. Mydin dan Kumpulan Barkath sering menjadi tanda tanya di kalangan peniaga.

    Mereka muncul secara tiba-tiba dengan rangkaian dalam dan luar negara. Ikon-ikon ini dianggap sebagai undefeated tycoon dalam bisnes mereka.

    Kejayaan besar bisnes India Muslim sering dicemburui kerana kemampuan mereka menjadikan bisnes sebagai strategi menukar cara hidup pengguna.

    Apakah yang menyebabkan bisnes Mamak yang bergerak secara senyap dapat meninggalkan pesaing-pesaingnya jauh di belakang?

    Buku ini mendedahkan bagaimana bisnes Mamak diserap menjadi budaya yang diterima oleh masyarakat tempatan dan mencipta kesetiaan di kalangan pelanggan.

    Maklumat lanjut http://www.bisnesmamak.wordpress.com

    1. Zamri Mohamad on April 24th, 2008 at 4:37 pm

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*