headermask image

header image

Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

Salam Maulidur Rasul..

Sollallahu a’la Muhammad.. Sollallahu a’lai wassallam.. Sollallahu a’la Muhammad.. Sollallahu a’lai wassallam..

Selawat ke atas Junjungan Besar Muhammad SAW.. betapa rindunya untuk mengalunkan selawat puji2an ke atas Muhammad Rasulullah..

“Rasullulah.. Engkau taburkan pengorbananmu.. Untuk umatmu yang tercinta.. Biar terpaksa tempuh derita.. Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya.. Tidak terjangkau tinggi pekertimu.. Tidak tergambar indahnya akhlakmu.. Tidak terbalas segala jasamu.. Sesungguhnya Engkau Rasul mulia.. Tabahnya hatimu menempuh dugaan.. Mengajar erti kesabaran.. Menjulang panji kebenaran.. Terukir namamu di dalam AL-Quran…”

Memang rindu betul zaman belajar dulu.. Meriah meraikan hari kebesaran Rasulullah SAW.. Menyertai perarakan membawa sepanduk sambil mengalun selawat, mengikuti program2 berzanji dan marhaban, Tilawah Al-Quran, nasyid dan prsembahan pentomen.. Memang ia kenangan x mungkin dilupakan.. Sayu mendengar alunan selawat membawa ke arah muhasabah diri betapa besarnya pengorbanan Muhammad Rasulullah SAW..

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.. Marilah kita perbanyakkan selawat kepada Junjungan Besar kita Muhammad SAW, semoga syafaatnya mengiringi kita di akhirat kelak..

Wassalam..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Gegaran Formula One Dah Mulaaaaaaaa..

Adusss.. Terkilan sungguh arrr kali nihh.. Memang hampeh tahap cipan cz aku trlepas siaran langsung F1 kat TV1.. plak biler tengok briter, banyak plak aksi2 dramatik yang memang rugi tak dapat tengok.. Pergghh.. Agak2 ada ke diorang nak buat siaran tertunda?? Aritu GP motor pun terlopehhh jugakkk.. Memang x dek rezkila..

Tapi yg bestnyer plak, Mc Laren n BMW Sauber naik podiummmmm!! Tuh yang gempak tuh.. Hahaha.. Harap2 F1 kat Sepang akan ada perlumbaan dan persaingan yang sengit!! Tapi pasukan pujaan tetaplah pada BMW Sauber ngan Hamilton tuhhh.. Ngah ngah ngahh.. Jangan marah ekk.. huhuhu..

Tiket pun belum beli lagi.. Nak beli last minute.. Baru besttt.. Rasa lebih meriahhh.. Yang pasti, Sepang Circuit pasti akan aku jejak.. Naik gilerr dengar deruman enjin F1!! Hmm, so far, citer lain xde kot buat masa nihh.. tumpuan pasti tertumpu pada perlumbaan F1 ngan Motor GP.. aritu, tensen gak si Rossi kurenggggggggg menyerlah.. Harap2 akan ada kebangkitan pas ni..

Okla, cau cin cau!! Bubbbaiiiii

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

SPM & SPTM Results..

Hmm.. Rasa2nyer dah abis dah debaran bebudak yg amik STPM & SPM batch 07 kan?? Haha.. N as usual, fenomena biasa yg hang pa sumer akan tengok dalam TV n sok kabar adalah tangisan dan lonjakan kegembiraan bg yg memperoleh keputusan cemerlang.. ANYWAY, rasenyer juga aku blum trlambat lg nak ucapkan congratulationssssss…!! Actually, aku pun tumpang gmbira gak ngan kejayaan anak bangsa ni..cuma yang diharapkan agar kejayaan tu akan berterusan.. AminnnNNNNNNNN..!!

Teringat plak zaman aku mase nak amik kputusan SPM 98 dulu.. Memang penuh debaran yang dramatikkk… 1001 rasa ada wa cakap lu.. Bila dapat keputusan jekk msg2 berlari satu dewan mcm kena histeria!! Ngah ngah ngah.. Alahai.. ghupe2nyerr dah 10 tahun berlalu siott.. dalam erti kata lain usia bertambah lagi..  Yang pastinya ia akan menjadi antara kenangan paling bermakna utk satu episod bersiri bagi zaman persekolahan aku..  Really miss that moments..

Kepada yang berjaya, sekali lagi tahniah diucapkan n kepada yang kurang berjaya.. perlu diingat bahawa masa depan tak akan berakhir dgn keputusan SPM.. Banyak lagi ruang yang perlu diteroka.. Peluang sentiasa ada cuma kena ada usaha untuk memperolehinya.. Kalau nak tunggu goyang kaki.. alamatnya sampai kiamat pun kat situlah takuknya!! So, start looking forwards to hav a great life..okay?? Dun give up!!

So, d cnclusion i 1 2 shares: Successful is not a Tradition.. Failure is not a TRAGEDY.. Move ur step forwards.. plans n put all ur efforts to create ur own success in life BUT in between that.. d MOST IMPORTANT is DUN 4GET to Allah!!

See u againnn…! Bubbaii……..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Sabah oh Sabah..

Alloo.. 26/02/08, aku smpai kat Kota Kinabalu International Airports lebih kurang tengahari laa..Pastu tunggu abg ipar aku.. Bagusnyerr la my bro in law tuhh.. siap sewa van tuk kita orang nihh.. bleh arr belasah p mana2.. arini banyak lepak umah dia jerr.. my sis plak awal2 lg dah siap masak untuk kitorang.. cerita punya cerita, smpai x sedar mase tuhh berjalan ngan pantas!! Opss!! Bukan berjalan, masa tu brlari dengan pantas..!! Hahah  So, arini byk lepak ngan anak2 buah yg mcm2 kerenah.. belasah PS2 lagi.. naik geli hati plak aku nengok gelagat anak2 buah yg beriya2 mnekan button d controller nuhh..  

27/02/08.. kitorang p Pasar Filipina.. Maaannngaihhh!! Byk giler mutiara n batu kristal dia.. Naik rambang mata plak aku d bueknyerr!! Haha.. Aku dah start mengendeng kat hubby aku.. Hubby aku bg peluang untuk pilih yg mane brkenan d hati..apelagi?? Pilih jangan x pilihhh!! Siapkan ajerrr poketnyerr!!  Finally hubby aku belikan set mutiara hijau untuk aku.. Cantik sangattt!! Thanks my dear!! I luv u so muchhhh!!  Tapi aku x luper gak belikan something utk famili n member2 rapat d Semenanjung..

Lepas makan tengahari, kami p Kg Serusok kat Tuaran Sabah.. Apelagi?? Tengok sangkar ikan kerapu, siakap, kupang dll..yg d uruskan oleh LKIM.. Mangaihh besorr yg amat ikan nyerr!! Mase kami smpai plak, ada la mamat tuh tengah melapah Kerapu Gergasi yg mati sbb ada ketumbuhan.. Naperrr? Dun believe it aaa?? See the pics okayyy??  Kami d beri penerangan tentang penjagaan ikan, d beri peluang untuk bagi ikan makan..dan d jamu dengan minuman petang.. Hmm.. Sebelum balik, kami diberi ikan siakap, ikan merah n kerapu untuk dmasak.. Ummm..yummmy!! Makan ikan segarrr tuhhh!! Lapar plakk rasenyerrr!! Keep Reading »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Jenaka Politik - Sempena Meraikan Pilihanraya yg Bakal Menjelang Tiba

Pesakit ahli politik:

Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, “Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan. ”

Pakar bedah kedua menjawab, “Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna.”

Pakar bedah ketiga menyambut, “Ohh… tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad.”

Pakar bedah keempat pula bersuara, “Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan.”

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, “Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah. ”

Lawak DUN pilihanraya

DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar
DUN yg paling panas , DUN Pedas.
DUN yg paling miskin . DUN Sekupang
DUN yg paling muda , DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah , DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang
DUN yg banyak hantu , DUN Pucong
DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.
DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang
DUN banyak air , DUN Ampangan
DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.
DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun
DUN paling bahaya , DUN Baling.
DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung
DUN ada binatang , DUN Kijang
DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk

p/s: Kepada seluruh pengundi berdaftar..Selamat Mengundi pada 8 Mac 2008!!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Comelnyaaa..

Cute nyerr kucing tuh tidurr, pandai plak kucing nih cari tempat “landing”.. :) Ingatkan apa..rupa2nyerr kucing..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Kerana Mulut..

Aduhai..hari ni Exbiz nak sentuh sikit pasal anak.. Semalam ada sahabat Exbiz telefon katanya dia dah naik bosan nak balik kampung..semuanya gara-gara tak tahan telinga nak menahan rasa cakap-cakap orang yang dok bertanya bila dia nak ada anak..Exbiz memang faham sangatlah perasaan dia, sebabnya Exbiz juga mengalami nasib yang sama..Tapi, kalau tak silap Exbiz dah hampir 2 tahun dia menjalani kehidupan berumahtangga..jadi Exbiz sarankan supaya dia banyak bersabar, memang mulut orang nih tak boleh nak ditutup!! Memang tekanan perasaan tu tak payah cakap lerr.. Sahabat Exbiz nih dah bimbang katanya takut rumahtangga mereka akan berantakan kerana hal yang satu ini..

Apa yang Exbiz mampu nasihatkan, banyak2 berdoa, cuba berusaha cara moden dan tradisional.. Exbiz yakin, tentu ada hikmah kenapa Allah masih belum mengurniakan rezeki.. Exbiz juga mengalami nasib yang sama.. Memang perasaan tu kacau!! Exbiz sendiri dah hampir 4 tahun berumahtangga namun masih belum dikurniakan cahayamata.. Memang tersentuh rasa hati lebih2 lagi suami Exbiz memang suka melayan anak2 kecil.. Mana tidaknya.. anak2 buah semuanya rapat dengan suami Exbiz.. tapi Exbiz redha dan pasrah.. Keep Reading »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Peluang Sekali Seumur Hidup

Oleh: Dr Sheikh Muszaphar Shukor

DR Sheikh Muszaphar (kiri), diberi penghormatan

memakai pakaian tradisi Kazakhstan selepas selamat mendarat.

Russia kaya dengan tradisi yang diikuti dengan penuh semangat, ketekunan

SAYA kembali mendarat di Kazakhstan pada 21 Oktober 2007. Suatu penjelajahan yang sungguh menakjubkan. Sungguh memuaskan. Setiap detik dicatatkan dalam memori ini. Peluang sebegini datang hanya sekali seumur hidup.

Selepas setahun berlatih di StarCity , akhirnya impian menjadi kenyataan. Seolah-olah baru semalam bermulanya perjuangan. Masa berlalu begitu pantas. Udara bumi yang segar membawa saya kembali ke alam realiti. Kami bertiga (termasuk Fyeodor Urchikin dan Oleg Kotov yang menamatkan tempoh enam bulan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menanti selama dua jam sebelum kumpulan penyelamat tiba.

Keep Reading »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Pendaratan cemas tersasar 350 kilometer

Oleh: Dr Sheikh Muszaphar Shukor

KAPAL Soyuz selepas membuat pendaratan cemas.

Kami berpusing-pusing dan melambung-lambung di dalam kapal Soyuz

PADA 21 Oktober 2007 hari terakhir saya berada di angkasa lepas. Tidak sangka masa berlalu begitu pantas. Segala eksperimen saintifik sudah selesai. Hati ini berasa begitu berat untuk kembali ke bumi. Banyak memori manis yang tidak akan dilupakan.

Setiap detik ketika saya berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dicatatkan di dalam buku nota kecil supaya dapat berkongsi bersama seluruh rakyat Malaysia. Semua hasil eksperimen termasuk bahan simbolik seperti Jalur Gemilang, Rukunegara dimasukkan ke dalam Soyuz yang akan membawa kami pulang. Krew Yuri Malanchenko dan Peggy Whitson akan meneruskan cabaran berada di ISS selama enam bulan manakala saya pulang bersama Fyeodor Urchikin dan Oleg Kotov yang menamatkan tempoh enam bulan di ISS.

Perasaan sedih menyelimuti diri. Namun saya tidak pasti mengapa. Mungkin kerana ini adalah impian saya sejak berumur 10 tahun lagi. Mungkin kerana saya berasa sungguh tenang dapat merasai kebesaran Allah sepanjang berada di angkasa. Keep Reading »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Ikat Kaki ketika Solat

Oleh: Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Panduan beribadat di angkasa hasil persidangan tokoh Islam seluruh dunia.

SHEIKH MUSZAPHAR membaca Al-Quran ketika lapang.

PENGHANTARAN angkasawan Malaysia ke angkasa lepas pada Ramadan, 10 Oktober 2007, menarik minat dunia, terutama negara Islam yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam cara beribadah di angkasa lepas.

Memandangkan saya adalah angkasawan Islam pertama menjelajah angkasa lepas pada Ramadan dan menyambut Aidilfitri raya di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), ramai yang bertanya cara menunaikan solat dan berpuasa memandangkan topik ini tidak pernah dibincang secara terperinci sebelum ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat pertama kali menghasilkan sebuah buku kecil garis panduan `Pelaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa’ selepas membuat kajian terperinci, termasuk mengadakan pelbagai persidangan bersama mufti dan tokoh agama seluruh dunia dengan harapan akan menjadi panduan kepada angkasawan Islam lain selepas ini.

Keep Reading »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle