Hi.. salam semua..
Haa.. arini aku nak cakap pasal cinta siber! Alkisahnya begini, semalam seorang sahabatku hantar sms, katanya nak minta aku tolong temankan dia ‘blind date’!! Aku terpinga-pinga dibuatnya.. Aku tanya dengan siapa, dia cakap x tahu sebabnya dia kenal melalui ‘chatting’.. teman aku plak kata, kalau ok.. si polan tu tak nak tunggu lama-lama.. Aku jadi confuse termasuklah curiga.. Aku memang banyak membebel kat teman aku ni.. Maklumlah, dia ni sahabat baik aku.. Of course la aku tak nak sesuatu yang buruk berlaku kat dia ni..
Pulak tu nak minta aku temankan.. terkedu aku! Tapi selepas menimbangkan beberapa perkara termasuklah keselamatan sahabat aku ni, memandangkan dia bukannya biasa selok-belok Kolumpo ni, aku buat keputusan untuk temankan dia. Sebab lain si polan tu bawa kereta.. buatnya dia bawak teman aku ni ke mana-mana kan susah.. lagi pula teman aku ni bukan tahu memandu pun.. Aduss..!! Padahal mereka baru je kenal.. Haru betul.. Insyaallah, my hubby pun akan ikut juga cz tak kanlah aku nak mengadap diorang yang nak kenal hati budi masing2! Nasib baik suamiku setuju memandangkan dia juga ambil berat akan persahabatan kami..
Hebat sangatkah penangan cinta siber ni? Berbekalkan ayat-ayat manis yang di taip, mungkin ada yang bertukar gambar, bertukar no telefon untuk mendengar suara.. Apa lagi zaman sekarang ni dah ada MMS, Friendster, MySpace atau paling tidak pun email untuk berhubungan.. Tapi tak dinafikan ada yang bertemu jodoh melalui dunia siber seperti Wardina dan termasuklah aku yang khusyuk menaip ni.. Heheheh..
Orang kata kalau dah jodoh tu tak ke mana.. ye tak?
Aku pun tak tahu macam mana perkenalan yang tak pernah disangka pada sekitar akhir 1999 berakhir dengan sebuah perkahwinan yang masih bertahan sehingga kini.. Syukur Alhamdulillah.. Perkenalan melalui dunia ‘chatting’ menerbitkan bibit-bibit cinta.. Waktu itu aku sedang menunggu untuk ke Matrikulasi UUM.. Tapi, tak pernah tengok gambar mahupun berhubung melalui telefon! Hanya email sebagai penghubung.. itu pun pendek-pendek je.. umpamanya “as’kum, pekabar? Buat apa tu”.. antara lainnya “as’kum, selamat berpuasa..” .. dan aku balas pun acuh tak acuh saja..
Tetapi semakin aku sibuk dengan kuliah, tugasan serta kerja-kerja Majlis Perwakilan Pelajar dll, satu hari dalam bulan Ramadhan, waktu aku balik cuti di rumah, aku tergerak untuk membaca emel2 lama.. dan terpampang nama dia yang semakin menghilang.. lalu aku menghantar emel dengan tujuan bertanya khabar serta mengeratkan persahabatan.. Ternyata dia membalas emel aku.. Kemudian dia meminta no tel aku.. Aku bagi.. Tapi aku memang sangat2 sibuk dengan aktiviti kampus.. Sehinggalah aku memulakan semester satu untuk program ijazah, dia menghantar emel mengatakan dia selalu cuba menghubungi aku tetapi bukan aku yang jawab tetapi teman sebilik aku yang jawab.. Katanya aku mesyuarat la, handle macam2 hal, ada study group, discussion dll..
Aku terus sibuk dengan tugasan sehingga tak berkesempatan untuk check email.. Setahun kami lost contact.. Cuti semester tiga aku balik ke KL untuk pembedahan dan di rumah aku mula membuka email.. Akhirnya aku update no. tel dan dia berjaya menghubungi aku.. Tapi memang pelik, entah kenapa selepas dua minggu berhubungan, aku semakin rapat dengan dia tetapi belum lagi berjumpa mahupun bertukar gambar.. Akhirnya 5 hari sebelum aku pulang ke kampus dia mengajak aku keluar makan malam.. Aku kaget, rasa takut pun ada.. tapi aku mohon padaNya melalui solat Istikharah.. Aku memberi persetujuan selepas empat hari.. Agak takut juga, masing2 belum melihat wajah masing2..
Entah juling ke.. pendek ke, hitam ke..
Tapi aku nekad kan hati.. Jika mencari pasangan pun aku lebih mementingkan hati budi berbanding rupa, darjat dan harta.. Harta boleh dicari.. apa guna aku belajar susah payah kalau tak mampu nak beri keselesaan kepada diri dan keluarga.. Pertama kali berjumpa, aku diam, memang tak tahu nak cakap apa.. Tapi nasib baik dia ni banyak mulut pulak.. Selepas makan malam itu, kami terus declare sebagai kekasih dan ia berterusan sehinggalah aku berjaya menamatkan pengajian aku dengan baik. Alhamdulillah..
Selepas habis belajar aku terus dapat tawaran kerja, selepas lapan bulan kami mengikat tali pertunangan dan akhirnya melangsungkan perkahwinan enam bulan kemudian.. Kalau difikir-fikir, memang macam tak percaya.. tetapi syukurlah aku ditemukan dengan insan yang baik.. takut juga jika berjumpa dengan orang yang bukan-bukan..
Jadi aku harap teman aku tu tak terlalu mengharap kerana melalui pengalaman aku, banyak perkara yang perlu kita kaji dan teliti supaya tidak tersalah langkah.. Tapi, kalau dah itu jodohnya.. Alhamdulillah.. Sebagai sahabat pastinya aku tumpang gembira..
Pastinya saat ini teman aku tu tengah berdebar-debar memikirkan pertemuan yang bakal berlangsung hujung minggu ini.. Hehe..
Sabau je lahhhh..
If you liked my post, feel free to subscribe to my rss feeds










































BlogoSquare