Hi.. Apa khabar semua?
Tittt..tittt..titttt…tittt..tittt..titttt… Bunyi jam loceng, alarm phone berbunyi tiap-tiap pagi.. tak pun ada lagi ke yang mengharap mak kejut bangun pagi macam waktu sekolah dulu.. Mendengar bunyi jam yang melengking di tepi telinga korang pagi-pagi mesti membuatkan korang rasa nak campak jer jam tu jauh-jauh.. Tak pun ambil bantal tekup telinga?? Hahaha… Ke korang jenis yang memang suka bangun pagi dan begitu bersemangat untuk memulakan komitmen korang pada kerja kat opis tuh? 
Okla.. Actually, hari ni aku nak sok sek-sok sek tentang apa yang korang buat bila bangun pagi-pagi.. ahahhhhh?? Jeng..jeng..jeng.. Biasanya pukul berapa korang dah bangun? Rasa excited tak nak pergi kerja? Ke korang rasa macam.. “hmm, oklaaa.. nak siap laa.. dan rasa macam malas-malas nak bangun?” Hehe..
Aku rasa memang ramai juga yang jenis liat nak bangun pagi.. tapi ada juga yang boleh bangun pagi, solat Subuh.. siap boleh pi jogging lagi sambil menghirup udara yang segar.. bagusnyerrrr..
Aku ingat lagi masa keja kat Kolumpo tu.. mangaaaihhh.. memang malas yang amat nak kena bangun jam 5 pagi.. Maklumla, masa tu duduk kat Bandar Mahkota Cheras.. kalau jam 7 baru nak bergerak ke opis yang betul2 di tengah2 segitiga emas tu.. kalau x dua jam memang x sahhh.. tu yang membuatkan aku malas sangat nak pi keja pagi-pagi.. tensen dengan jem yang melampau..
dah la parking mahal.. paling kurang pun RM5 kat area tu..
Bangun pagi nak kena prepare breakfast, dah makan nak make sure sumernyer clear dari sinki.. kalau tunggu balik keja memang alamatnya penatlah.. nak masak untuk dinner tapi nak mengadap membasuh pinggan mangkuk, pukul brapa nak dinner kalau balik lewat.. adusss.. pulak nak kena prepare baju hubby n diri sendiri untuk dipakai.. haa.. ni satu lagi yang aku rasa ramai lagi kaum pompuan yang macam aku.. Malas sangat nak termenung kat depan almari untuk fikir baju apa aku nak pakai hari ni.. huhhh.. 
Biasanya lepas aku ketang-ketung kat dapur, sarapan dah siap, aku dah mandi n solat dan siapkan sumer baru kejut hubby.. Kadang2 memang jeles tahap cipan bila tengok hubby aku boleh sambung tidur lagi 1 1/2 jam..
tapi dah tanggungjawab.. itulah hakikatnya.. itu pun boleh dikira pengorbanan jugakk..
Bila difikir-fikir, ni belum ada anak.. agaknya kalau dah ada anak macam mana lah gaya hidup aku.. heheh.. Kalau lambat sampai ke opis pula, parking pun penuh.. tu yang lagi menambah ketensionan aku.. Sudahnya, aku buat keputusan untuk resign dan aku tak nak masuk Kolumpo lagi hanya untuk bekerja.. banyak masa aku terbuang.. La ni aku banyak bergerak di kawasan Serdang-Kajang-Seri Kembangan-Bangi.. Perghhh.. alangkah bahagianya hidup.. tak payah bangun jam 5 lagi..boleh extend jam 6-6.15 pagi.. untuk solat, iron baju, siapkan breakfast cz aku n hubby kuar keja pun jam 8 - 8.30 pagi.. 
Aku tak tahu la orang lain macam mana.. tapi banyak orang pulak kata yang kalau hari isnin pagi memang rasa liat sangat nak p keja..tapi paling best dah tentulah hari jumaat cz ramai yang boleh balik kampung, hang out ngan kengkawan hujung minggu atau buat aktiviti yg telah dirancang.. Ada yang setuju?? 
Okla, sampai jumpa lagi..
p/s: Bangun pagi-pagi ni memang best.. rasa segar..bila bangun, perkara pertama aku buat ialah buka tingkap seluruh rumah.. 
If you liked my post, feel free to subscribe to my rss feeds










































BlogoSquare