headermask image

header image

Amalan Solat Duha

Assalammualaikum & salam sejahtera..

Alhamdulillah berjumpa lagi kita pada penghulu segala hari yakni hari JUMAAT.. Kali ini, Exbiz nak berkongsi tentang amalan solat Duha yang Exbiz perolehi daripada teman dari ruangan myspace.. Marilah kita sama-sama mempraktikkannya.. :) Biasanya ramai yang tak ambil pusing tentang solat Duha ni apalagi nak melaksanakannya.. Alasan?? Macam2 yang diberikan.. waktu kerja la, malas la, solat Duha tu hanya sembahyang sunat la.. sedangkan yang wajib pun terkontang-kanting nak menunaikannya.. ye tak? Wallahu a’lam.. Semoga dengan berkongsi solat Duha ni, ramai yang akan menyedari fadhilat di sebalik solat Duha ok..? Insyaallah.. :)

Ramai yang tidak mengetahui bahawa solat Duha ini sebenarnya adalah KUNCI KEMURAHAN REZEKI dan KEBERKATANNYA REZEKI kita.. Jadi pernah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang berkata:

“Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada aku dengan tiga perkara: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang sunat Duha sebanyak dua rakaat dan mendirikan sembahyang Witir sebelum aku tidur”.
(Hadis riwayat Imam Bukhari).
Lafaz niat solat Duha:

“Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akhbar ”
“Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Selepas membaca Al- Fatihah pada rakaat pertama baca lah surah As-Syams dan pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah bacalah surah Ad-Duha . Semasa sujud akhir bacalah surah Ad-Duha 1 kali (Kalau Kuat keimanan sebanyak 40 kali semasa sujud akhir).
Selepas memberi salam baca Lah Doa Nabi Besar Kesayangan Kita s.a.w ini :

Berdoalah :

” Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu , keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu ,kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu “.

” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”.

Firman Allah s.w.t. (Untuk Manusia);
“Katakanlah, “Solatku, perkerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah , Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya. Demikianlah yang telah diperintahkan kepadaku, dan aku di antara yang awal-awal tunduk”. (Surah Al-An..am:162-63)

Wa’lah’hu’alam .

p/s: Selamat beramal.. :)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

If you liked my post, feel free to subscribe to my rss feeds

One Comment

  1. terima kasih atas perkongsian bahan ilmiah ni..

    1. zuhairy on April 21st, 2008 at 12:43 am

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*