headermask image

header image

Siapa Saya?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. :)

Kalimah ini pastinya menjadi mukadimah dan sapaan wajib sebagai penghulur bicara daripada saya tatkala anda mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini.. Apapun mungkin bagi sahabat-sahabat di forum SmartZul pasti ada yang sudah mengenali kehadiran nama “expressbisnes” atau “exbiz”sebagai pengenalan diri.. Nama saya Hafiza Razally dan anda boleh memanggil nama saya Hafiza. Kepada sahabat-sahabat baru di luar sana salam pengenalan dari saya.. Semoga Allah memberkati jalinan silaturrahim yang sedia terbina erat mahupun yang bakal dijalinkan.. Salam persahabatan dari saya Hafiza Razally. :)

Dilahirkan sebagai anak watan Kuala Lumpur, dibesarkan di Selangor sudah pastinya hiruk-pikuk serta proses urbanisasi kota metropolitan sudah sebati dalam diri.. Menerima pendidikan dalam Pengurusan Teknologi yang mengkhusus kepada Kejuruteraan Awam, tempias arus kota menjadikan saya seorang yang agresif, dinamik serta tidak mudah mengenal erti kalah. Mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaan membuatkan saya tidak gentar mengharungi cabaran eksekutif pemasaran sejak sebelum majlis konvokesyen sehinggalah sekarang.. Pengalaman banyak mengajar saya apa itu cabaran perniagaan..

Berbekalkan tekad serta menjadikan ikon perniagaan terkenal Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary serta tokoh terkemuka Tun Mahathir sebagai idol pilihan, semangat saya terus membara bagi merealitikan apa yang sedang direncanakan.. Insyaallah.. Kredibiliti dua tokoh ini sering menjadi pembakar untuk dijadikan kayu pengukur untuk menempa kejayaan.. Biarpun tidak sehebat dah segah nama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary serta Tun Mahathir namun sekurang-kurangnya saya tidak mahu tergolong dalam golongan “Melayu Mudah Lupa”

Menginjak usia 26 tahun, saya merasakan perjuangan masih jauh.. Masih banyak ilmu, kemahiran dan pengalaman yang belum diketahui.. Terasa kerdil diri ini saat mengingatkan ini semua.. Rasanya belum puas menikmati makna kehidupan.. Setiap cabaran yang hadir umpama memberi isyarat bahawa saya perlu kuat untuk mengharunginya bagi meniti kejayaan dan kebahagiaan yang pastinya.. Semoga Allah merahmati kita semua.. Insyaallah.. Namun saya sedar bahawa kehidupan ini juga singkat dan perlu dimanfaatkan sebaiknya dengan mengimbangi kehidupan dunia serta amalan untuk bekalan akhirat.. Mudah-mudahan..

Justeru itu, diruangan ini saya dengan rasa rendah diri mohon tunjuk ajar, pandangan, cadangan dan kritikan membina bagi menjayakan blog ini sebagai blog untuk semua agar faedahnya dapat dikongsi bersama. Kejayaan tidak akan datang bergolek sekiranya diri sendiri tidak punya inisiatif untuk memajukan diri. Kegagalan itu bukan tragedi, kejayaan itu bukan tradisi sebaliknya usaha & tawakal sebagai strategi.. Insyaallah..

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan terima kasih kepada SmartZul dan sahabat-sahabat forum atas perkongsian ilmu sehingga saya berjaya memiliki blog sendiri. BERSAMA KITA SEDERAP MELURU KEJAYAAN BERGANDA!! Insyaallah!! Kepada sahabat-sahabat di luar sana yang masih termangu-mangu mencari arah tuju, bukalah minda dan renunglah diri sendiri di mana diri anda berpijak saat ini.. Ubahlah sesuatu yang negatif kepada sesuatu yang positif untuk kebaikan anda yang pastikan menguntungkan anda dan bukannya orang lain..

Sekian dulu untuk tatapan semua. Sehingga bertemu lagi di lain episod.. :) 

P/s: Jangan lupa dapatkan panduan hebat membina blog cara mudah di sini 

Sahabat Siber Anda;

Portal Hafiza Identity

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle