headermask image

header image

Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

Gubahan Hantaran Perkahwinan/Pertunangan

As’kum..

Maaf lama sangat tak menulis di ruangan ini.. Bukan apa, Exbiz agak sibuk dalam menyiapkan tempahan2 pelanggan untuk wedding mereka.. Memang tak cukup tangan dibuatnyaaaa…. Lg2 pula selepas bulan 8 je dah nak puasa, maknanya dijangkakan bulan 7 tu dah bertambah sibukla nampak gayanya..

Ok, kali ni Exbiz nak umumkan satu laman web baru yang berkaitan gubahan hantaran perkahwinan/pertunangan, tempahan bunga pahar, cenderahati tetamu dll.. hanya klik di sini untuk maklumat lanjut.. :)

So, kepada sesiapa yang masih terpinga2 untuk mencari gubahan untuk si dia di hari bahagia, jenguk2lah laman Exbiz okay?? :) Sokongan anda amatlah dihargai.. Jumpa di sanaaaaaaaaaaaaa…… :)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Bingkisan Jumaat

Assalammualaikum & Salam sejahtera.

Bertemu lagi kita untuk kali kesekian Jumaat.. Kali ini, Exbiz kongsikan sedikit renungan buat semua yang mengunjungi laman Exbiz.. :)

Siapakah orang yang sibuk ? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata ’Inna lillahi wainna illaihi rajiuun’, lalu sambil berkata,‘Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini’, sambil mengukir senyuman. Keep Reading »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Amalan Solat Duha

Assalammualaikum & salam sejahtera..

Alhamdulillah berjumpa lagi kita pada penghulu segala hari yakni hari JUMAAT.. Kali ini, Exbiz nak berkongsi tentang amalan solat Duha yang Exbiz perolehi daripada teman dari ruangan myspace.. Marilah kita sama-sama mempraktikkannya.. :) Biasanya ramai yang tak ambil pusing tentang solat Duha ni apalagi nak melaksanakannya.. Alasan?? Macam2 yang diberikan.. waktu kerja la, malas la, solat Duha tu hanya sembahyang sunat la.. sedangkan yang wajib pun terkontang-kanting nak menunaikannya.. ye tak? Wallahu a’lam.. Semoga dengan berkongsi solat Duha ni, ramai yang akan menyedari fadhilat di sebalik solat Duha ok..? Insyaallah.. :)

Ramai yang tidak mengetahui bahawa solat Duha ini sebenarnya adalah KUNCI KEMURAHAN REZEKI dan KEBERKATANNYA REZEKI kita.. Jadi pernah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang berkata:

“Kekasihku Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada aku dengan tiga perkara: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan sembahyang sunat Duha sebanyak dua rakaat dan mendirikan sembahyang Witir sebelum aku tidur”.
(Hadis riwayat Imam Bukhari). Keep Reading »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Bila Bangun Pagi-Pagi..

Hi.. Apa khabar semua?

Tittt..tittt..titttt…tittt..tittt..titttt… Bunyi jam loceng, alarm phone berbunyi tiap-tiap pagi.. tak pun ada lagi ke yang mengharap mak kejut bangun pagi macam waktu sekolah dulu.. Mendengar bunyi jam yang melengking di tepi telinga korang pagi-pagi mesti membuatkan korang rasa nak campak jer jam tu jauh-jauh.. Tak pun ambil bantal tekup telinga?? Hahaha… Ke korang jenis yang memang suka bangun pagi dan begitu bersemangat untuk memulakan komitmen korang pada kerja kat opis tuh?

Okla.. Actually, hari ni aku nak sok sek-sok sek tentang apa yang korang buat bila bangun pagi-pagi.. ahahhhhh?? Jeng..jeng..jeng.. Biasanya pukul berapa korang dah bangun? Rasa excited tak nak pergi kerja? Ke korang rasa macam.. “hmm, oklaaa.. nak siap laa.. dan rasa macam malas-malas nak bangun?” Hehe..   Keep Reading »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Dahsyatnya Saat-Saat Kematian Iblis

Assalammualaikum wbth, sempena hari Jumaat, sama-samalah kita renung dan kongsikan kisah ini.. 

Kedasyatan Saat-saat Kematian Iblis
Abu Laits Assamarqandi meriwatkan dengan sanadnya dari Ahnaf bin Qays berkata; Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Sayyidina Omar bin Al-Akhattab. Tiba-tiba saya bertemu dengan majlis orang-orang sedang mengerumuni Ka’bul Ahbaar yang sedang bercerita:

Ketika Adam Alahissalam akan mati, ia berkata;

“Ya Rabbi, musuhmu pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi tempoh hingga Qiamat”.

Allah menjawab;

“Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedangkan si Mal’uun ditunda hingga hari Qiamat supaya merasakan sakit maut sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir”.

Maka Adam bertanya kepada Malikulmaut:

“Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut”.

Maka sesudah diterangkan, maka berkata Adam;

“Tuhanku…cukup, cukup”. Keep Reading »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Cinta Siber.. Realiti atau Fantasi?

Hi.. salam semua.. :)

Haa.. arini aku nak cakap pasal cinta siber! Alkisahnya begini, semalam seorang sahabatku hantar sms, katanya nak minta aku tolong temankan dia ‘blind date’!! Aku terpinga-pinga dibuatnya.. Aku tanya dengan siapa, dia cakap x tahu sebabnya dia kenal melalui ‘chatting’.. teman aku plak kata, kalau ok.. si polan tu tak nak tunggu lama-lama.. Aku jadi confuse termasuklah curiga.. Aku memang banyak membebel kat teman aku ni.. Maklumlah, dia ni sahabat baik aku.. Of course la aku tak nak sesuatu yang buruk berlaku kat dia ni..

Pulak tu nak minta aku temankan.. terkedu aku! Tapi selepas menimbangkan beberapa perkara termasuklah keselamatan sahabat aku ni, memandangkan dia bukannya biasa selok-belok Kolumpo ni, aku buat keputusan untuk temankan dia. Sebab lain si polan tu bawa kereta.. buatnya dia bawak teman aku ni ke mana-mana kan susah.. lagi pula teman aku ni bukan tahu memandu pun.. Aduss..!! Padahal mereka baru je kenal.. Haru betul.. Insyaallah, my hubby pun akan ikut juga cz tak kanlah aku nak mengadap diorang yang nak kenal hati budi masing2! Nasib baik suamiku setuju memandangkan dia juga ambil berat akan persahabatan kami.. :)

Hebat sangatkah penangan cinta siber ni? Berbekalkan ayat-ayat manis yang di taip, mungkin ada yang bertukar gambar, bertukar no telefon untuk mendengar suara.. Apa lagi zaman sekarang ni dah ada MMS, Friendster, MySpace atau paling tidak pun email untuk berhubungan.. Tapi tak dinafikan ada yang bertemu jodoh melalui dunia siber seperti Wardina dan termasuklah aku yang khusyuk menaip ni.. Heheheh.. :) Orang kata kalau dah jodoh tu tak ke mana.. ye tak? Keep Reading »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Jangan Pandang Orang Sebelah Mata??

Haloooo.. Exbiz in da house!!

Kali ni aku nak cerita pasal kebanyakan “promoter” yang entah tak sedar diri atau berlagak bagus.. Ini bukan perkara baru terjadi.. Beberapa hari lepas aku ada terbaca hasil nukilan blog seorang teman lama yang baru selamat melangsungkan perkahwinan setelah sekian lama menyulam cinta.. Tahniah, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. :)

Tapi aku bukan nak bercerita tentang perkahwinan teman aku ni.. sebaliknya dia mengabadikan pengalaman hampehnya dengan seorang amoi di salah sebuah butik kosmetik terkenal di Pavillion, KL.. Nak diikutkan cerita, teman aku ni baru balik dari kenduri kahwin, jadi dah tentulah berbaju kurung.. Kebetulan teman aku ni nak “window shopping”.. Kemudian teman ni pula masuk lah ke butik tu.. Katanya si promoter tu dok pandang dia atas bawah!! (Agaknya mungkin penampilan teman aku ni x cukup bagus utk masuk ke butik tersebut!!)   Keep Reading »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

BMW Sauber kian panasss!!

Ahahhhh..

F1 di Manama menyaksikan kelibat pasukan BMW Sauber semakin hangat menghantui pasukan Mc Laren, Ferrari dan juga Renault.. Kejayaan Kubica menyambar petak pertama seolah-olah memberi isyarat kepada Mc Laren, Ferrari dan Renault supaya berhati-hati dengan kehadirannya.. Memang syok betul tengok pasukan pilihan aku ni selain si Lewis Hamilton tuh.. Kubica dengan Heidfeld semakin selesa dengan jentera BMW Sauber!! :)

Entah kenapa pula si Hamilton tuh agak malang akhir-akhir ini.. Tetapi aku tak kisahlah, janji BMW Sauber naik podium untuk kali ketiga berturut-turut sejak F1 di Australia dan Sepang!! :) Dan yang pasti kini pasukan BMW Sauber mendahului kedudukan senarai pengeluar yang mana pencapaiannya gagal ditandingi Ferrari dan Mc Laren.. Cayalahhhh!! :)

Wokeh la.. cau dulu.. tunggu motor GP pula.. :)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Kemelut Si Pintar: Dilema Sufiah

Alooo semua, assalammualaikum.. :)

Aduhai, istigfar panjang aku tatkala membaca tulisan akhbar tentang anak pintar yang pernah menggegarkan negara satu ketika dulu dengan menjadi pelajar paling muda diterima masuk ke Universiti Oxford.. Kepintaran yang dimiliki, keelokan paras rupa kini menjadi  titik tolak sejarah hitam hidup remaja berusia 23 tahun itu.. Entah di mana silapnya percaturan didikan sehingga Sufiah terjebak ke kancah pelacuran..

sufiah yusof

Sufiah hilang arah?

 Menghilangkan diri sekitar tahun 2000, Sufiah dikatakan tidak menamatkan pengajiannya selepas berkahwin pada tahun 2004, seterusnya kini digemparkan dengan pembabitannya dalam dunia kupu-kupu malam.. Benarkah dakwaannya yang menjalani kehidupan harian yang tidak adil? Didera secara fizikal dan mental selama 15 tahun dan mengaku pernah dua kali cuba membunuh diri ketika usia 11 tahun? Di manakah silapnya? Keep Reading »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle

Renungan Diri..

Hi, assalammualaikum dan salam Jumaat.. Maaflah ye cz lama sgt x menaip dalam ruangan blog ini.. bukannya apa, Exbiz agak sibuk dengan komitmen kerja.. Hari ini pun kebetulan Exbiz titipkan sedikit renungan yg Exbiz perolehi drp sumber sahabat Exbiz di ruangan myspace.. Semoga titipan ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita semua.. Wallahu a’lam..

BISMILLAHIRRAHMANIR RAHIM.

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya.

“Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepadanya.

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya”. Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.

Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.

Firman Allah S.W.T : “Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu).” - Surah An Nur : Ayat 24.

“Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu).” Surah Yassin : ayat 65.

1) Menjaga Mata Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2) Menjaga Telinga Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida’ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat”. Keep Reading »

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • co.mments
  • blinkbits
  • blogmarks
  • YahooMyWeb
  • BlinkList
  • Smarking
  • Furl
  • scuttle